Surprise Me!

Mahkamah | Lelaki tular mengamuk di lebuhraya diperintah jalani pemeriksaan mental

2022-06-17 0 Dailymotion

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar memerintahkan lelaki yang amuk di kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan, Ahad lepas, menjalani pemeriksaan dan pemantauan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Perintah dikeluarkan Hakim Rohaida Ishak mengikut seksyen 342 kanun tatacara jenayah terhadap tertuduh, Zainordin Mohamed, 36 tahun, selepas membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya Nur Asmaniza Muhamad.